04 March 2015

Persidangan Affiliate Mac 2015


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt semua... 

Syukur alhamdulillah, masih diberi izinNya untuk bernafas dan menikmati hikmah kehidupan 
dari-Nya. Moga kita sama-sama menjadi insan yang saling membantu sesama sendiri untuk menjadi insan melia disisiNya dunia dan akhirat jua. 

Etika peniaga saya telah kongsikan dengan kawan-kawan pada entry yang lepas. Harini, saya kongsikan pengalaman saya sepanjang menjalankan Projek Mega Mykad Smart Shopper. 

Alhamdulillah, sudah 6 bulan saya berkecimpung dalam Affiliate Junction. Bermacam ilmu yang saya perolehi setakat ini namun saya yakin dan percaya, kejayaan itu takkan mampu diraih jika tak melalui kesukaran. 

Sepanjang 6 bulan ni, hampir setiap bulan saya akan ke Kuala Lumpur untu acara 
'Affiliate Summit Kuala Lumpur' yang biasanya diadakan di Picc Putrajaya. Melalui platform ASKL, saya sentiasa disuntik dengan semangat, fikiran positif, mindset yang baik2 dalam menjalankan rutin dan kehidupan harian saya. 

Perkongsian ilmu dan pengalaman dari speaker2 terhebat ini sebenanrnya membantu saya dan insan2 lain untuk terus memperkenalkan projek ini kepada rakyat Malaysia. Dan dari masa ke semasa, projek kami telah bergerak ke fasa 3. Tak lama lagi, semakin banyak merchant yang menggunakan sistem kami. 

Saya kongsikan foto2 ketika kami bersidang. 



Bulan Mac nanti, saya akan hadiri persidangan ini lagi ! Saya akan kongsikan lagi kemeriahan persidangan projek mega kami. 

InsyaAllah, jumpa di lain entry. Wassalam. 





18 February 2015

Etika sebagai Peniaga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum semua... 

Syukur alhamdulillah, entry yang lepas saya kongsikan mengenai jenis2 perniagaan. Entry kali ni saya nak kongsikan pulak mengenai etika dalam berniaga. Haa, kalau berniaga untuk keuntungan, semua orang boleh buat. Tapi, bab menjaga etika ni, tak semua peniaga mampu buat. 

Kenapa? 
Sebab semua perkara yang kita lakukan semuanya bergantung pada apa yang diniatkan di hati kita pada awal2nya. Kalau anda tak percaya, cuma anda niat yang baik2, insyaAllah apa yang lakukan juga baik2. 

Semua perkara ada etika dan caranya yang betul. Kita tak boleh nak salahkan pelanggan kalau produk kita mereka tolak oleh sebab etika kita sebagai peniaga. Hati2 !! Takut-takut anda akan kehilangan pelanggan. 



Antara tipsnya ialah :

1. Belajar kenali pelanggan sebagai kawan. Permulaan memang sukar kerana tidak langsung kenal antara 1 sama lain. Tapi percayalah, jika ikatan anda sebagi peniaga dengan pelanggan baik, dia pasti menjadi pelanggan tetap anda walau apa pun yang anda niagakan. 

2. Berikan servis/khidmat yang terbaik sepanjang mereka membeli produk atau mendapatkan khidmat anda. Ini kerana sebagai pelanggan, mereka percaya anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah walaupun tak banyak. kalau 1st time dapat khidmat servis yang tip top, yakinlah, kali kedua dan seterusnya mereka bakal menjadi pelanggan tetap anda. Hehe. 

3. Sebagai peniaga, anda memang berhak berkongsi tentang kebaikan produk anda, namun anda tidak berhak untuk memaksa pelanggan anda membelinya. Ada sesetengah peniaga online yang tetus meminta alamat pelanggan sedangkan pelanggan tadi belum memastikan lagi sama ada ingin beli atau tidak produk tersebut. Nampak sangat peniaga itu kejarkan keuntungan. Hmm.. 

4. Jadi profesional. Sebagai peniaga, anda tidak boleh memburuk-burukkan peniaga lain di depan pelanggan. Jangan sekali2 berbuat demikian. Ia akan membuatkan pelanggan rasa tak selesa dan mungkin akan berhenti menjadi pelanggan anda. Tak percaya? Buatlah ! 

5. Jujur. Etika yang ini sangat penting. Dalam agama Islam sangat dititikberatkan apatah lagi dalam amalan berniaga. Ada sesetengah peniaga online yang tak memulangkan baki wang pelanggan. Hmm.. tak jujur langsung. untung semata2, tapi pahala rugi. 

Jadi, kawan2 yang baru berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan haruslah amalkan akhlak dan etika yang baik semasa berniaga dan kepada pelanggan. Biar untung dapat, pahala dapat, sedekah pun dapat. InsyaAllah... 

Sekian entry kali ini. 
Wassalam. 

12 February 2015

Jenis-jenis Perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum semua... 
apa khabar ye kawan-kawan saya ni? 
Harapan saya moga semua sihat belaka dengan izin dan kehendakNya. Aminn.

     Entry post saya harini mengenai jenis2 perniagaan yang popular dan berpotensi besar untuk dijadikan sumber pendapatan.
Semoga catatan kali ini dapat membantu sikit sebanyak kawan-kawan yang sedang memilih perniagaan apa yang mereka boleh jalankan.

    Untuk pengetahuan kawan2, kita sering dan biasa dengar tentang Perniagaan MLM atau nama lain ialah "Multi Level Marketing". Ada pendapat sesetengah orang berpengalaman perniagaan jenis MLM ni mengamalkan sistem piramid.
Perniagaan jenis MLM ni sebenarnya membentuk satu rangkaian  pemasaran yang besar sebagai strategi pemasaran sesuatu produk . Kebanyakan produk yang biasanya ikut sistem MLM ni ialah produk2 kesihatan.



   Okey, jenis perniagaan seterusnya yang saya ingin dikongsikan ialah perniagaan secara dalam talian atau dalam bahasa 'omputih' online Bussiness marketing. Harini, perniagaan ini semakin mendapat perhatian ramai. Kenapa? Sebab kuasa pemasaran di hujung jari dan kuasa membeli di hujung jari. Tambahan pula dengan wujudnya pelbagai rangkaian laman sosial . Jenis perniagaan ini juga dikatakan perniagaan yang jimat kos pemasaran kerana tidak perlukan premis perniagaan. Hanyandengan satu akaun laman sosial sudah boleh menjalankan perniagaan aksesori, pakaian, tudung dan macam2 lagi. Jangan mainII, harini, nak beli inai secara on9 pun ada ! Canggih kan.. hehe.. tapi baru2 ni, dengar2 peniaga on9 pun perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Aset tuu... anda, bila lagi ? saya sudah.. hehe..



   Perniagaan seterusnya yang ingin saya kongsikan potensinya dengan kawan2 semua ialah, Affiliate Marketing. Okey, apakah affiliate marketing ni ye? Sebenarnya ia lebih kepada mempromosikan perniagaan orang lain dan kita akan dibayar upah. Sebenarnya, kita semua dah buat affiliate ni sejak sekolah rendah lagi. Macamana? beli aiskrim malaysia 20 sen, pastu kawan tanya, sedap tak aiskrim tu, kita pun cakap sedap dan tunjuk kat mana nak beli Tapi masa tu kita tak dapat apa2lah kan. Harini pun, fenomena biasa, amek gambar makanan, post kat fb, rekemen dkt kawan supaya makan kat situ, tapi sayangnya kita tak dapat upah. Tapi, harini ada satu projek yang menggunakan sistem affiliate berbayar Selain daripada sistem2 affiliate sedia ada. kalau berminat nak tau, boleh hubungi saya sendiri.

  Tu je isi entry saya kali ni, jumpa lagi di entry yang lain. Hehe..

Wasalam. 

03 February 2015

Tips Membeli Barang Idaman


Assalammualaikum semua. 
Alhamdulillah, entry ke-3 menyusul harini. Topik entry kali ni macam menarik jee.. hehe.. eh, mestilah menarik ! Kenapa ? Sebab semua orang ada barang yang menjadi idaman kalbu. Cewahh.. hee...




Macam dah tak sabar pulak saya nak kongsikan dengan kawan2 semua macamana nak dapat barang idaman kita kan. By the way, semua orang ada cara masing2 untuk dapat barang yang diidamkan . Sampai ada yang sanggup 'ikat perut' berbulan2 untuk dapatkannya. Tapi, depends pada kreativiti dan kemampuan individu tu sendiri, kalau larat sampai ikat perut sentiasa, silakan, tapi kalau tak mampu, jangan sampai buat camtu, menyusahkan diri namanya tu ye kawan2. Harap kawan saya takde yabg sampai ke tahap tu ye. 

Semua pun tahu, zaman kita harini dah tak sama macam zaman atuk nenek kita dulu. Dulu, tak ramai keluarga yang berasal dari keluarga berada. Kebanyakan keluarga datang dari keluarga petani dan Sederhana. Kerja pun biasa2 je, kerja sawah, menoreh getah. Jadi, zaman tu anak2 punya kehendak terbatas. 

Berbanding kita harini, kemudahan di hujung jari. Rata2 anak muda harini lebih suka membeli secara 'online' sebab tak letih nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat pilih barang yang diingini. Tambahan pulak bila wujudnya sistem transaksi wang secara dalam talian. 
Betul2 hujung jari kan ? 

Okey, tips pertama .
Tetapkan barang apa yang korang nak sangat2 beli, dan kalau tak dapat, korang akan rasa kecewa, menyesal seumur hidup. Kalau banyak sangat, buat senarai, limitkan 8 barang sahaja, dalam 8 barang tu, pilih 3 yang paling korang nak sangat2!  Dari 3, korang 'rangking'kan sendiri 1 barang yang memang korang nak. 

Tips ke-2
buat satu tabung khas untuk barang idaman tu, gunakan bekas plastik ataupun tin2 yang tak dipakai. Balut dengan sampul hadiah cantik2, kemas2, dan labelkan nama barang tu, contohnya 'tabung khas jam tangan Gucci', lepas tu, anda tulis sekali tarikh anggaran anda mesti memiliki barang tersebut. Ini membantu anda untuk dapatkan barang itu dengan lebih cepat.

Tips ke-3
Tetapkan nilai tabungan minimum yang wajib dimasukkan ke dalam tabung tersebut Setiap hari. Kalau rajin, boleh sediakan 1 buku catatan khas . Dengan ini, korang boleh buat checklist tabungan anda hari2. 

Tips ke-4
sentiasa cari maklumat tentang barang idaman korang. Simpan gambar barang idaman tu dalam handphone, nak tampal kat pintu almari baju pon boleh jugak. Hehe.. pembakar semangat lah katakan. 

Tips ke-5
Langkah terakhir, sabar dan tabah dalam menabung untuk capai hasrat hati. Jangan pernah rasa putus asa untuk mendapatkan sesuatu yang mengindahkan hidup kita. Kelak, anda mesti dapat apa yang anda hajati. Huhu..



Itu sahaja tips yg dapat dikongsikan minggu ni. 
sekian. 




28 January 2015

Tips Membeli Rumah Terpakai

Assalammualaikum w.b.t semua... 

Alhamdulillah syukur, dapat juga harini saya post kan entry minggu ni walaupun agak lewat sebenarnya... tapi takpe, ilmu bermanfaat bila-bila pun boleh dikongsikan selagi ia berguna dan membantu antara satu sama lain... kan ??  okey, jom kita sama-sama korek tips-tips berguna untuk membeli rumah terpakai. 





Ada sesetengah individu lebih memilih untuk membeli rumah terpakai untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan seperti rumah sewa, atau homestay, ada juga individu yang berhasrat menjadikan rumah terpakai sebagai rumah persinggahan, atau menambah koleksi kediaman peribadi. Tapi kebanyakan individu berkeluarga lebih memilih beli rumah baru daripada rumah terpakai sebab rumah baru biasanya masih 'fresh' dan cantik lagi. Rata-rata pihak pemaju kat Malaysia ni pun biasanya akan buat potongan diskaun harga dan macam-macam lagi tawaran kepada bakal pemilik rumah dalam proses untuk pembelian rumah . Kebiasaanya pengguna akan rasa berbaloi-baloi bila dapat beli rumah baru. Tak dapat dinafikan yang ada jugak individu berkeluarga yang terpaksa beli rumah terpakai dulu untuk sementara sebab masalah-masalah kekangan ataupun kewangan. 

Almaklumlah, bila hidup berkeluarga dengan menyewa rumah ni, situasinya agak perit jugak. Lagi-lagi bila hidup makan gaji di bandar-bandar elit. Nak menguruskan kewangan dan gaji bulanan termasuklah perbelanjaan harian untuk keluarga dan anak-anak khasnya bukannya senang. Oleh sebab itu, kebanyakan orang harini memilih untuk melakukan kerja sanpingan untuk menyara anak isteri. 

Antara tips berguna untuk membeli rumah terpakai ialah :-

1. Mindset mesti ditanamkan bahawa keadaan rumah secondhand ni tak sempurna mana, yelah, sebab pernah ada pemilik . Jadi sedialah untuk membersihkan dan bergotong-royong mencantikkan semula rumah itu. 

2. Pastikan rumah tersebut memang dah tiada pemilik tetap lagi, kerana bimbang takut2 bila sudah menjadi tempat kediaman anda atau rumah yang anda sewakan pada orang lain, tiba2 anda dimaklumkan yg rumah tersebut masih mempunyai pemilik asal.

3.  Pastikan anda melantik peguam anda untuk menguruskan dan mengesahkan dokumen2 berkaitan hak pemilikan rumah tersebut.

4.  Kalau boleh, elakkan membeli rumah yang telah disita oleh bank kerana selalunya rumah tersebut masih dalam pembinaan, dan ini boleh mengakibatkan risiko kerugian kepada anda bila anda telah memiliki rumah tersebut. 

Untuk pengetahuan anda, tips2 mudah ini saya peroleh daripada rancang di televisyen, anda sebagai pengguna berhak memperoleh maklumat2 bermanfaat ini di rancangan2 sebegini. Nama rancangan tersebut ialah Suara kita, hak kita. Selain dari membincang perihal isu semasa ekonomi, ia juga memberikan tips2 berguna pada kita sebagai pengguna. 

Selamat berkongsi ! 




20 January 2015

Mykad boleh jadi kad diskaun??

Assalammualaikum w.b.t dan apa khabar semua?? Lama betul saya menyepikan diri, almaklum saya sudah bergelar siswi tahun ke-2, semester 3 bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) ataupun nama lainnya ialah Bachelor Of Bussiness Administration                         (Entrepreneurship)  

Alhamdulillah, harini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan semua, macamana nak jadi orang yang bijak dalam berbelanja. Mudah je, kenapa? Sebab saya pasti anda yang membaca entry saya semua adalah pemilik mykad. Hehe. Tahukah anda bahawa mykad ataupun kad pengenalan rasmi rakyat Malaysia mempunyai 50  fungsi ?? Tak tahu?? Alamak, ruginya anda. Takpe, harini saya akan kongsikan salah satu fungsi mykad yang sangat-sangat istimewa. Hehe... 


Okey, sebelum ni kita sebagai rakyat Malaysia tahu dan maklum mykad kita biasa digunakan untuk pengenalan identiti, maklumat lesen memandu, rekod kesihatan, untuk urusan imigresen dan berurusan dengan bank. Tahukah anda bahawa mykad kita juga boleh dijadikan kad diskaun semasa berbelanja??    Tak tahu?? Tahukah anda dengan mengaktifkan mykad secara PERCUMA, anda berpeluang untuk menikmati diskaun, mata ganjaran dan rebate tunai atas setiap transaksi perbelanjaan yang anda lakukan?? tahukah anda dengan satu kali pendaftaran secara percuma anda berhak mendapat diskaun, mata ganjaran dan rebate tunai seumur hidup?? Dan sebenarnya, tahukah anda mykad anda boleh membantu anda menjana pendapatan yang boleh diwarisi, selamat dan berterusan?? (psst, statement yang last tu macam best je, kalau berminat nak tahu, boleh direct whatsapp saya tau! Hehe.. )


Harini, anda sendiri boleh aktifkan mykad anda dekat agen-agen pendaftaran mykad yang sah. Kalau agen tu kenakan bayaran walaupun RM1, jangan daftar sebab buat masa ni, pendaftaran mykad untuk dapatkan diskaun, mata ganjaran dan rebate tunai memang PERCUMA tauu!! Lepas tu, anda boleh download application rasmi kami dari Google Playstore dengan carian 'MSSP DISCOVER', terus download dan install. Apps berikut akan beri maklumat tentang merchant2 yang berdaftar dengan program kami dari pelbagai kategori perkhidmatan dan kedai seperti tempat makan, hotel, spa, dan tempat beriadah bersama keluarga di seluruh negara Malaysia. Jangan terperanjat kalau nampak kedai emas, bengkel kereta, dan macam2 lagi yang tersenarai. Ini bukan cubaan, ini betul2!! Hehe... Opps, program ni diiktiraf oleh pihak MSC, JPN dan MDEC tau, so dijamin selamat !! 


Kalau berminat nak daftar mykad, boleh contact saya terus melalui facebook atau whatsapp ke 01114796014. Ataupun jika anda berminat untuk bina empayar perniagaan dengan mykad, pun saya alu2kan untuk menghubungi saya. Saya takkan lokek untuk kongsi rahsia mykad anda dan beza mykad saya dengan mykad anda! Beza memang Beza!! 


Baiklah, sekian entry saya kali ini, sampai jumpa lagi di entry yang akan datang! Syukur dengan apa yang ada, ikhtiar dengan apa yang diberi! Saya doakan anda semua menjadi orang yang berjaya dunia akhirat, InsyaAllah aminn! Jom jadi insan hebat! 

Wassalam. 

Yang Ikhlas,

Aniza Global