28 January 2015

Tips Membeli Rumah Terpakai

Assalammualaikum w.b.t semua... 

Alhamdulillah syukur, dapat juga harini saya post kan entry minggu ni walaupun agak lewat sebenarnya... tapi takpe, ilmu bermanfaat bila-bila pun boleh dikongsikan selagi ia berguna dan membantu antara satu sama lain... kan ??  okey, jom kita sama-sama korek tips-tips berguna untuk membeli rumah terpakai. 





Ada sesetengah individu lebih memilih untuk membeli rumah terpakai untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan seperti rumah sewa, atau homestay, ada juga individu yang berhasrat menjadikan rumah terpakai sebagai rumah persinggahan, atau menambah koleksi kediaman peribadi. Tapi kebanyakan individu berkeluarga lebih memilih beli rumah baru daripada rumah terpakai sebab rumah baru biasanya masih 'fresh' dan cantik lagi. Rata-rata pihak pemaju kat Malaysia ni pun biasanya akan buat potongan diskaun harga dan macam-macam lagi tawaran kepada bakal pemilik rumah dalam proses untuk pembelian rumah . Kebiasaanya pengguna akan rasa berbaloi-baloi bila dapat beli rumah baru. Tak dapat dinafikan yang ada jugak individu berkeluarga yang terpaksa beli rumah terpakai dulu untuk sementara sebab masalah-masalah kekangan ataupun kewangan. 

Almaklumlah, bila hidup berkeluarga dengan menyewa rumah ni, situasinya agak perit jugak. Lagi-lagi bila hidup makan gaji di bandar-bandar elit. Nak menguruskan kewangan dan gaji bulanan termasuklah perbelanjaan harian untuk keluarga dan anak-anak khasnya bukannya senang. Oleh sebab itu, kebanyakan orang harini memilih untuk melakukan kerja sanpingan untuk menyara anak isteri. 

Antara tips berguna untuk membeli rumah terpakai ialah :-

1. Mindset mesti ditanamkan bahawa keadaan rumah secondhand ni tak sempurna mana, yelah, sebab pernah ada pemilik . Jadi sedialah untuk membersihkan dan bergotong-royong mencantikkan semula rumah itu. 

2. Pastikan rumah tersebut memang dah tiada pemilik tetap lagi, kerana bimbang takut2 bila sudah menjadi tempat kediaman anda atau rumah yang anda sewakan pada orang lain, tiba2 anda dimaklumkan yg rumah tersebut masih mempunyai pemilik asal.

3.  Pastikan anda melantik peguam anda untuk menguruskan dan mengesahkan dokumen2 berkaitan hak pemilikan rumah tersebut.

4.  Kalau boleh, elakkan membeli rumah yang telah disita oleh bank kerana selalunya rumah tersebut masih dalam pembinaan, dan ini boleh mengakibatkan risiko kerugian kepada anda bila anda telah memiliki rumah tersebut. 

Untuk pengetahuan anda, tips2 mudah ini saya peroleh daripada rancang di televisyen, anda sebagai pengguna berhak memperoleh maklumat2 bermanfaat ini di rancangan2 sebegini. Nama rancangan tersebut ialah Suara kita, hak kita. Selain dari membincang perihal isu semasa ekonomi, ia juga memberikan tips2 berguna pada kita sebagai pengguna. 

Selamat berkongsi ! 




No comments:

Post a Comment