17 July 2012

Hanya hambaNya yang dhoif



Allah sentiasa membuka pintu keampunan buat kita... 

Aku hanya hamba-Nya,
Hamba-Nya yang banyak dosa dan hina,
Hatiku, jiwaku, hidupku dan segala yang ada pada diriku adalah  milik Dia,
Aku juga hanya hamba-Nya yang biasa-biasa,
Sering mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup,
Sering juga leka dalam menjalankan amanah sebagai khalifah di BumiNya,
Seringkali aku lalai dalam memenuhkan kitab amalan buat bekalanku disana kelak,
Aku memang hamba-Nya yang menzalimi diri-sendiri,
Kerana aku sering akur dengan ke’tidakmampuan’ku melaksanakan amanahku sebagai hamba-Nya yang dhoif,
Aku selalu lupa bahawa sesungguhnya,
ada Raqib dan Atid yang mencatat amalanku seharian,
Oh, sudahkah bukti aku bukan hamba-Nya yang unggul ??
Jika belum cukup,
Aku ingin merubah haluan hidupku sementara
Dia masih membuka pintu Rahmat-Nya buatku,
Masih adakah peluang itu buatku dan hamba-hambaNya yang lain untuk berubah ??
Soalan itu seolah-olah meragui sifat Maha Pengasih dan
Pengampun yang dimiliki-Nya..
Astaghfirullahalazim….
Aku telah bersangka buruk pada ketentuan-Nya,
Sedangkan Dia tidak pernah bersangka buruk terhadap hamba-hambaNya,
Padahal Dia tidak rugi apa-apa pun jika aku meninggalkan-Nya,
Malah aku yang sebenarnya memerlukan bantuan-Nya dalam membina kehidupan yang bahagia di Dunia dan Akhirat kelak,
Dia hanya menilai keimanan dan ketaqwaan hamba-Nya,
Bukan nilai harta dan pangkat jadi ukuran ke syurga-Nya,
Oleh itu,
Ayuh temanku, ayuh sahabatku, ayuh saudaraku,
Kita cari bersama cinta dan kasih sayang dari Dia,
Agar kita tidak dilalaikan dengan agenda Dunia yang menghancurkan kita,
Agar kita tidak tergoda dengan rayuan iblis laknatullah yang menyesatkan kita,
Agar kita tidak tewas dengan kehendak nafsu yang tidak pernah puas,
Agar kita tidak tersalah menggunakan akal yang terlampau inginkan keadilan,
Percayalah, Dia sentiasa membuka pintu-pintu maghfirahNya untuk kita,
Supaya kita lebih mengenaliNya dari perkara lain,
Supaya kita selalu rindu beribadat kepadaNya,
Supaya kita cinta akan syurga-syurgaNya yang terlalu banyak nikmat,
Supaya kita terus hidup denganNya dalam hidup,
Supaya kita tetap menerima ketentuanNya dengan hati yang sabra dan terbuka,
Itulah kebahagiaan hakiki yang tiada tolok banding nilainya walaupun dengan berapa banyak tahil emas dan permata…..
Ia sugguh bermakna… Di Dunia malah di Akhirat untuk selamanya…
InsyaALLAH….

Nukilan,
Hamba-Mu yang dhoif









1 comment: