03 February 2015

Tips Membeli Barang Idaman


Assalammualaikum semua. 
Alhamdulillah, entry ke-3 menyusul harini. Topik entry kali ni macam menarik jee.. hehe.. eh, mestilah menarik ! Kenapa ? Sebab semua orang ada barang yang menjadi idaman kalbu. Cewahh.. hee...




Macam dah tak sabar pulak saya nak kongsikan dengan kawan2 semua macamana nak dapat barang idaman kita kan. By the way, semua orang ada cara masing2 untuk dapat barang yang diidamkan . Sampai ada yang sanggup 'ikat perut' berbulan2 untuk dapatkannya. Tapi, depends pada kreativiti dan kemampuan individu tu sendiri, kalau larat sampai ikat perut sentiasa, silakan, tapi kalau tak mampu, jangan sampai buat camtu, menyusahkan diri namanya tu ye kawan2. Harap kawan saya takde yabg sampai ke tahap tu ye. 

Semua pun tahu, zaman kita harini dah tak sama macam zaman atuk nenek kita dulu. Dulu, tak ramai keluarga yang berasal dari keluarga berada. Kebanyakan keluarga datang dari keluarga petani dan Sederhana. Kerja pun biasa2 je, kerja sawah, menoreh getah. Jadi, zaman tu anak2 punya kehendak terbatas. 

Berbanding kita harini, kemudahan di hujung jari. Rata2 anak muda harini lebih suka membeli secara 'online' sebab tak letih nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat pilih barang yang diingini. Tambahan pulak bila wujudnya sistem transaksi wang secara dalam talian. 
Betul2 hujung jari kan ? 

Okey, tips pertama .
Tetapkan barang apa yang korang nak sangat2 beli, dan kalau tak dapat, korang akan rasa kecewa, menyesal seumur hidup. Kalau banyak sangat, buat senarai, limitkan 8 barang sahaja, dalam 8 barang tu, pilih 3 yang paling korang nak sangat2!  Dari 3, korang 'rangking'kan sendiri 1 barang yang memang korang nak. 

Tips ke-2
buat satu tabung khas untuk barang idaman tu, gunakan bekas plastik ataupun tin2 yang tak dipakai. Balut dengan sampul hadiah cantik2, kemas2, dan labelkan nama barang tu, contohnya 'tabung khas jam tangan Gucci', lepas tu, anda tulis sekali tarikh anggaran anda mesti memiliki barang tersebut. Ini membantu anda untuk dapatkan barang itu dengan lebih cepat.

Tips ke-3
Tetapkan nilai tabungan minimum yang wajib dimasukkan ke dalam tabung tersebut Setiap hari. Kalau rajin, boleh sediakan 1 buku catatan khas . Dengan ini, korang boleh buat checklist tabungan anda hari2. 

Tips ke-4
sentiasa cari maklumat tentang barang idaman korang. Simpan gambar barang idaman tu dalam handphone, nak tampal kat pintu almari baju pon boleh jugak. Hehe.. pembakar semangat lah katakan. 

Tips ke-5
Langkah terakhir, sabar dan tabah dalam menabung untuk capai hasrat hati. Jangan pernah rasa putus asa untuk mendapatkan sesuatu yang mengindahkan hidup kita. Kelak, anda mesti dapat apa yang anda hajati. Huhu..



Itu sahaja tips yg dapat dikongsikan minggu ni. 
sekian. 




No comments:

Post a Comment