Showing posts with label 9/10 rezeki. Show all posts
Showing posts with label 9/10 rezeki. Show all posts

04 March 2015

Persidangan Affiliate Mac 2015


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt semua... 

Syukur alhamdulillah, masih diberi izinNya untuk bernafas dan menikmati hikmah kehidupan 
dari-Nya. Moga kita sama-sama menjadi insan yang saling membantu sesama sendiri untuk menjadi insan melia disisiNya dunia dan akhirat jua. 

Etika peniaga saya telah kongsikan dengan kawan-kawan pada entry yang lepas. Harini, saya kongsikan pengalaman saya sepanjang menjalankan Projek Mega Mykad Smart Shopper. 

Alhamdulillah, sudah 6 bulan saya berkecimpung dalam Affiliate Junction. Bermacam ilmu yang saya perolehi setakat ini namun saya yakin dan percaya, kejayaan itu takkan mampu diraih jika tak melalui kesukaran. 

Sepanjang 6 bulan ni, hampir setiap bulan saya akan ke Kuala Lumpur untu acara 
'Affiliate Summit Kuala Lumpur' yang biasanya diadakan di Picc Putrajaya. Melalui platform ASKL, saya sentiasa disuntik dengan semangat, fikiran positif, mindset yang baik2 dalam menjalankan rutin dan kehidupan harian saya. 

Perkongsian ilmu dan pengalaman dari speaker2 terhebat ini sebenanrnya membantu saya dan insan2 lain untuk terus memperkenalkan projek ini kepada rakyat Malaysia. Dan dari masa ke semasa, projek kami telah bergerak ke fasa 3. Tak lama lagi, semakin banyak merchant yang menggunakan sistem kami. 

Saya kongsikan foto2 ketika kami bersidang. 



Bulan Mac nanti, saya akan hadiri persidangan ini lagi ! Saya akan kongsikan lagi kemeriahan persidangan projek mega kami. 

InsyaAllah, jumpa di lain entry. Wassalam. 





18 February 2015

Etika sebagai Peniaga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum semua... 

Syukur alhamdulillah, entry yang lepas saya kongsikan mengenai jenis2 perniagaan. Entry kali ni saya nak kongsikan pulak mengenai etika dalam berniaga. Haa, kalau berniaga untuk keuntungan, semua orang boleh buat. Tapi, bab menjaga etika ni, tak semua peniaga mampu buat. 

Kenapa? 
Sebab semua perkara yang kita lakukan semuanya bergantung pada apa yang diniatkan di hati kita pada awal2nya. Kalau anda tak percaya, cuma anda niat yang baik2, insyaAllah apa yang lakukan juga baik2. 

Semua perkara ada etika dan caranya yang betul. Kita tak boleh nak salahkan pelanggan kalau produk kita mereka tolak oleh sebab etika kita sebagai peniaga. Hati2 !! Takut-takut anda akan kehilangan pelanggan. 



Antara tipsnya ialah :

1. Belajar kenali pelanggan sebagai kawan. Permulaan memang sukar kerana tidak langsung kenal antara 1 sama lain. Tapi percayalah, jika ikatan anda sebagi peniaga dengan pelanggan baik, dia pasti menjadi pelanggan tetap anda walau apa pun yang anda niagakan. 

2. Berikan servis/khidmat yang terbaik sepanjang mereka membeli produk atau mendapatkan khidmat anda. Ini kerana sebagai pelanggan, mereka percaya anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah walaupun tak banyak. kalau 1st time dapat khidmat servis yang tip top, yakinlah, kali kedua dan seterusnya mereka bakal menjadi pelanggan tetap anda. Hehe. 

3. Sebagai peniaga, anda memang berhak berkongsi tentang kebaikan produk anda, namun anda tidak berhak untuk memaksa pelanggan anda membelinya. Ada sesetengah peniaga online yang tetus meminta alamat pelanggan sedangkan pelanggan tadi belum memastikan lagi sama ada ingin beli atau tidak produk tersebut. Nampak sangat peniaga itu kejarkan keuntungan. Hmm.. 

4. Jadi profesional. Sebagai peniaga, anda tidak boleh memburuk-burukkan peniaga lain di depan pelanggan. Jangan sekali2 berbuat demikian. Ia akan membuatkan pelanggan rasa tak selesa dan mungkin akan berhenti menjadi pelanggan anda. Tak percaya? Buatlah ! 

5. Jujur. Etika yang ini sangat penting. Dalam agama Islam sangat dititikberatkan apatah lagi dalam amalan berniaga. Ada sesetengah peniaga online yang tak memulangkan baki wang pelanggan. Hmm.. tak jujur langsung. untung semata2, tapi pahala rugi. 

Jadi, kawan2 yang baru berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan haruslah amalkan akhlak dan etika yang baik semasa berniaga dan kepada pelanggan. Biar untung dapat, pahala dapat, sedekah pun dapat. InsyaAllah... 

Sekian entry kali ini. 
Wassalam.