04 April 2012

Allah, Aku Tewas lagi

Assalammualaikum.. 
Sudah agak lama hati ini rindu untuk menaip entry terbaru, tapi apakandaya, dairi sendiri pun tak mampu diisi... kekangan masa atau diri yang buta dgn pengurusan masa ??.. jawapan yang tak pasti.. Minggu ke minggu, Bulan ke bulan, hari ke hari, makin terasa sesak dada nak menghadapi kehidupan akan datang.. Ini ujian Allah ataupun semata-mata perasaan yang cuma menganggu jiwa dan perasaan?.. masih lagi soalan yang tak ada jawapan... Bunyi entry kali ini agak sayu, entah knp hati ini gundah sejak akhir-akhir ini... tak mustahil juga ini antara tanda-tanda hati yang dimiliki sakit~ Pasti ana sedang berusaha mencari penawarnya... Allah, terasa lemah bila mengingati semula kekecewaan yang dialami, tp ana percaya perancangan Allah lebih mantap, jd ana abaikan.. 
Kadang-kadang teguran orang lain mmg melukakan hati kita, tp ana secara peribadi bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menegur kesilapan ana, cuma kdg-kdg hati ini bagai dihiris sembilu bila diungkit kesilapan lalu itu, manusia bukan, pasti perasaan halus akan hadir bila ia menyentuh sensitiviti yang berkaitan personaliti kita bukan ? ? . . . . 

Hati ini yakin ia seperti dimiliki,
namun hakikatnya ia masih belum pasti lagi,
sayangnya yakin ia mmg milik Ilahi,
hanya Dia berhak mengikat kasih sayang antara kami,
Aku + dia menjadikan kami terasa sprti satu jiwa,
MasyaAllah, hanya Dia yg tahu gelora hatiku Bila si dia terasa disisi,
Allah, ujian perasaan apakah ini?...
Hanya akukah yang terbeban dgn perasaan ini?..
Sungguh, Aku tidak menipu diri sendiri...

Sampai sini sahaja entry ana yang agk merepek kali ini... 
moga mujahadah kita terus di jalanNya Ilahi...

salam rindu,
bintu Ibrahim