12 February 2015

Jenis-jenis Perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum semua... 
apa khabar ye kawan-kawan saya ni? 
Harapan saya moga semua sihat belaka dengan izin dan kehendakNya. Aminn.

     Entry post saya harini mengenai jenis2 perniagaan yang popular dan berpotensi besar untuk dijadikan sumber pendapatan.
Semoga catatan kali ini dapat membantu sikit sebanyak kawan-kawan yang sedang memilih perniagaan apa yang mereka boleh jalankan.

    Untuk pengetahuan kawan2, kita sering dan biasa dengar tentang Perniagaan MLM atau nama lain ialah "Multi Level Marketing". Ada pendapat sesetengah orang berpengalaman perniagaan jenis MLM ni mengamalkan sistem piramid.
Perniagaan jenis MLM ni sebenarnya membentuk satu rangkaian  pemasaran yang besar sebagai strategi pemasaran sesuatu produk . Kebanyakan produk yang biasanya ikut sistem MLM ni ialah produk2 kesihatan.



   Okey, jenis perniagaan seterusnya yang saya ingin dikongsikan ialah perniagaan secara dalam talian atau dalam bahasa 'omputih' online Bussiness marketing. Harini, perniagaan ini semakin mendapat perhatian ramai. Kenapa? Sebab kuasa pemasaran di hujung jari dan kuasa membeli di hujung jari. Tambahan pula dengan wujudnya pelbagai rangkaian laman sosial . Jenis perniagaan ini juga dikatakan perniagaan yang jimat kos pemasaran kerana tidak perlukan premis perniagaan. Hanyandengan satu akaun laman sosial sudah boleh menjalankan perniagaan aksesori, pakaian, tudung dan macam2 lagi. Jangan mainII, harini, nak beli inai secara on9 pun ada ! Canggih kan.. hehe.. tapi baru2 ni, dengar2 peniaga on9 pun perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Aset tuu... anda, bila lagi ? saya sudah.. hehe..



   Perniagaan seterusnya yang ingin saya kongsikan potensinya dengan kawan2 semua ialah, Affiliate Marketing. Okey, apakah affiliate marketing ni ye? Sebenarnya ia lebih kepada mempromosikan perniagaan orang lain dan kita akan dibayar upah. Sebenarnya, kita semua dah buat affiliate ni sejak sekolah rendah lagi. Macamana? beli aiskrim malaysia 20 sen, pastu kawan tanya, sedap tak aiskrim tu, kita pun cakap sedap dan tunjuk kat mana nak beli Tapi masa tu kita tak dapat apa2lah kan. Harini pun, fenomena biasa, amek gambar makanan, post kat fb, rekemen dkt kawan supaya makan kat situ, tapi sayangnya kita tak dapat upah. Tapi, harini ada satu projek yang menggunakan sistem affiliate berbayar Selain daripada sistem2 affiliate sedia ada. kalau berminat nak tau, boleh hubungi saya sendiri.

  Tu je isi entry saya kali ni, jumpa lagi di entry yang lain. Hehe..

Wasalam. 

No comments:

Post a Comment