Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

12 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi =)

Assalammualaikum  w.b.t =)

Sudah terlalu lama saya tidak mencatatkan sebarang catatan hati di blog ini . Harini, dah 5 ramadhan 1434 hijrah . Allahuakbar, sungguh pantas waktu ibu berjalan . Hinggakan tidak terasa sudah kembali ke Ramadhan semula . Alhamdulillah, syukur padaNya kerana kita semua masih diberi peluang beramal di bulan Ramadhan kali ini . 2 ramadhan yang lalu juga adalah hari bermakna buat sahabat-sahabat yang berjaya memperoleh tawaran untuk sambung belajar di IPTA . Sekalung tahniah buat kalian . Barangkali rezeki saya belum ada untuk ke menara gading . Semoga dengan berkat Ramadhan ini, permohonan rayuan saya diterima , Aminnnn . Hati saya masih ingin menuntut ilmu , tapi Allah mencuba saya dengan rezeki . Apa yang penting, saya percaya Dia adalah sebaik-baik penentu takdir hidup manusia . Dia lebih tahu apa yang terbaik bagi masa depan, keluarga, agama dan diri kita kelak . Untuk kali kedua, saya terima kehendakNya dengan lapang dada dan redha . Sahabat , mempelajari redha untuk memang sukar . Malah untuk belajar meredhai ketentuan Dia berganda sukarnya . Jujur . Hati siapa yang tidak cemburu bila mendapat khabar dari teman-teman yang mereka dapat meneruskan perjuangan menuntut ilmu di menara gading . Luluh jua hati ini Allah saja yang tahu . Tapi, apabila teringat satu hadis yang menyatakan bahawa  

kekecewaan, kesedihan, kesakitan, kelemahan itu datang
untuk menghapuskan dosa-dosa lepas . 

Terasa tenang jua hati ni bila terbisik di hati kecil 'aku masih punya kekuatan dari Dia ' . 
Tambahan pula Ramadhan , hati ni semakin tabah dan kuat menghadapi cubaanMu . Kata-kata semangat dari keluarga daripada teman-teman juga banyak membantu saya untuk tidak putus asa . Itulah bukti hubungan kemanusiaan penting untuk menghadapi coretan kehidupan . 
Sekian sahaja coretan saya kali ini . Moga Ramadhan ini kita perolehi Rahmat dari Dia selalu . 

Wassalam w.b.t 

04 April 2012

Allah, Aku Tewas lagi

Assalammualaikum.. 
Sudah agak lama hati ini rindu untuk menaip entry terbaru, tapi apakandaya, dairi sendiri pun tak mampu diisi... kekangan masa atau diri yang buta dgn pengurusan masa ??.. jawapan yang tak pasti.. Minggu ke minggu, Bulan ke bulan, hari ke hari, makin terasa sesak dada nak menghadapi kehidupan akan datang.. Ini ujian Allah ataupun semata-mata perasaan yang cuma menganggu jiwa dan perasaan?.. masih lagi soalan yang tak ada jawapan... Bunyi entry kali ini agak sayu, entah knp hati ini gundah sejak akhir-akhir ini... tak mustahil juga ini antara tanda-tanda hati yang dimiliki sakit~ Pasti ana sedang berusaha mencari penawarnya... Allah, terasa lemah bila mengingati semula kekecewaan yang dialami, tp ana percaya perancangan Allah lebih mantap, jd ana abaikan.. 
Kadang-kadang teguran orang lain mmg melukakan hati kita, tp ana secara peribadi bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menegur kesilapan ana, cuma kdg-kdg hati ini bagai dihiris sembilu bila diungkit kesilapan lalu itu, manusia bukan, pasti perasaan halus akan hadir bila ia menyentuh sensitiviti yang berkaitan personaliti kita bukan ? ? . . . . 

Hati ini yakin ia seperti dimiliki,
namun hakikatnya ia masih belum pasti lagi,
sayangnya yakin ia mmg milik Ilahi,
hanya Dia berhak mengikat kasih sayang antara kami,
Aku + dia menjadikan kami terasa sprti satu jiwa,
MasyaAllah, hanya Dia yg tahu gelora hatiku Bila si dia terasa disisi,
Allah, ujian perasaan apakah ini?...
Hanya akukah yang terbeban dgn perasaan ini?..
Sungguh, Aku tidak menipu diri sendiri...

Sampai sini sahaja entry ana yang agk merepek kali ini... 
moga mujahadah kita terus di jalanNya Ilahi...

salam rindu,
bintu Ibrahim

18 February 2012

SMKAS : Preuniversity story 2011-2012 session

masaniza++hani syahira=luv4ever :)


Assalammualaikum w.b.t 
Alhamdulillah, Allah still give His strength to me write a new entry for this blog this night... okay... before that... 1st, we say Alhamdulillah for our life today... 2nd, Alhamdulillah cause today we still a muslim and given by Him a heart to throught life as a Muslim... Alhamdulillah for everything 
Ya RAHMAN...

okay, now.. back to our entry title...
thats my title today because, I really feel gratefull wordless... why?
Rasa sgt-sgt bersyukur kerana masih diberi peluang untuk smbung form 6 kat Smkas.. tp rasa syukur tuh baru bertandang dalam tahun nih juga... mengapa lewat ye?.. soalan yang tiada jawapan, mcmane dlm bait lagu Hafiz Hamidun dlm lagu Jawapan Rindu... :)

ini adalah sebab knp ana bersyukur ana masih di S.M.K.A.S :
syukur yg pertama kerana Smkas adalah sekolah ana dari ana form 1 
syukur yg kedua adalah ana sudah pun tggal di smkas 5 tahun sblm form 6
syukur yg ketiga ana sudah mengenali para pendidik di smkas, bonus nih =)
syukur yg keempat ana punyai pengalaman pahit dan manis di sini, di smkas ini
syukur yg kelima smkas yg ajar ana erti hidup sbg muslimah dan pelajar Islam
syukur yg keenam, di sini ana belajar erti tanggunggjawab
dan banyak lagi sebabnye... hihiiii, so kamu semua nampak knp ana sayangkan SMKAS ni?.. okay... 

Bile masuk tahun 2012 nih, seriuss rasa masa tahun SPM a.k.a 2010 dtg balik.. 
rasa MALAS... truk betul... ana tgh berusaha untuk mencari kekuatan dari diri sendiri dan dariNya... kadang-kadang bila ana sendirian, ana akan terasa yang amat sgt-sgt kerinduan pd shbt-shbt seperjuangan ana. Rasa mcm baru smlm baru kami bersama dan berpisah dan ana taknak rasa nih bila dah berpisah lagi ngn shbt form 6 yg ana baru je kenal hati budi mereka, baru tahu peribadi mereka~ oohhhh 
wajah-wajah yg slalu menceriakan hati ana, nih laa 

dari kiri : faez, imah, qilah, nazhan, ana, awe, hanisya, suhada, radin :)

slalu sgt share story ngn ana, fara, hajar ngn maz yg sering senyum ngn ana :)

slalu buat ana ketawa, ima dan yes, thanks :)

nih special kes, sahabat ana sayang, huda izzati :)

suhada yg slalu ajar sejarah ngn arb.. hihiiii.. thanks su

banyak lagi sebenarnye nak letak, tapi lain kali ye... ni baru sikit gelagat kami kat kelas bile bersama, ada lagi... :) sekian, coretan malam sebelum ana pulang ke bumi tarbiah smkas...
moga smkas terus dalam hati ana untuk menyuburkan rasa cinta ana pd Islam, Allah dan rasul kita, Muhammad s.a.w.. insyaAllah...

inilah video yang mampu membuat ana menitiskan air mata, cubalah dengar, moga cinta Rasulullah sentiasa dlm hati kita sebagai umat baginda.. aminnn :)

salam mujahadah, salam ukhuwah, salam islam

wassalam :D