18 February 2015

Etika sebagai Peniaga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum semua... 

Syukur alhamdulillah, entry yang lepas saya kongsikan mengenai jenis2 perniagaan. Entry kali ni saya nak kongsikan pulak mengenai etika dalam berniaga. Haa, kalau berniaga untuk keuntungan, semua orang boleh buat. Tapi, bab menjaga etika ni, tak semua peniaga mampu buat. 

Kenapa? 
Sebab semua perkara yang kita lakukan semuanya bergantung pada apa yang diniatkan di hati kita pada awal2nya. Kalau anda tak percaya, cuma anda niat yang baik2, insyaAllah apa yang lakukan juga baik2. 

Semua perkara ada etika dan caranya yang betul. Kita tak boleh nak salahkan pelanggan kalau produk kita mereka tolak oleh sebab etika kita sebagai peniaga. Hati2 !! Takut-takut anda akan kehilangan pelanggan. 



Antara tipsnya ialah :

1. Belajar kenali pelanggan sebagai kawan. Permulaan memang sukar kerana tidak langsung kenal antara 1 sama lain. Tapi percayalah, jika ikatan anda sebagi peniaga dengan pelanggan baik, dia pasti menjadi pelanggan tetap anda walau apa pun yang anda niagakan. 

2. Berikan servis/khidmat yang terbaik sepanjang mereka membeli produk atau mendapatkan khidmat anda. Ini kerana sebagai pelanggan, mereka percaya anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah walaupun tak banyak. kalau 1st time dapat khidmat servis yang tip top, yakinlah, kali kedua dan seterusnya mereka bakal menjadi pelanggan tetap anda. Hehe. 

3. Sebagai peniaga, anda memang berhak berkongsi tentang kebaikan produk anda, namun anda tidak berhak untuk memaksa pelanggan anda membelinya. Ada sesetengah peniaga online yang tetus meminta alamat pelanggan sedangkan pelanggan tadi belum memastikan lagi sama ada ingin beli atau tidak produk tersebut. Nampak sangat peniaga itu kejarkan keuntungan. Hmm.. 

4. Jadi profesional. Sebagai peniaga, anda tidak boleh memburuk-burukkan peniaga lain di depan pelanggan. Jangan sekali2 berbuat demikian. Ia akan membuatkan pelanggan rasa tak selesa dan mungkin akan berhenti menjadi pelanggan anda. Tak percaya? Buatlah ! 

5. Jujur. Etika yang ini sangat penting. Dalam agama Islam sangat dititikberatkan apatah lagi dalam amalan berniaga. Ada sesetengah peniaga online yang tak memulangkan baki wang pelanggan. Hmm.. tak jujur langsung. untung semata2, tapi pahala rugi. 

Jadi, kawan2 yang baru berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan haruslah amalkan akhlak dan etika yang baik semasa berniaga dan kepada pelanggan. Biar untung dapat, pahala dapat, sedekah pun dapat. InsyaAllah... 

Sekian entry kali ini. 
Wassalam. 

No comments:

Post a Comment