12 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi =)

Assalammualaikum  w.b.t =)

Sudah terlalu lama saya tidak mencatatkan sebarang catatan hati di blog ini . Harini, dah 5 ramadhan 1434 hijrah . Allahuakbar, sungguh pantas waktu ibu berjalan . Hinggakan tidak terasa sudah kembali ke Ramadhan semula . Alhamdulillah, syukur padaNya kerana kita semua masih diberi peluang beramal di bulan Ramadhan kali ini . 2 ramadhan yang lalu juga adalah hari bermakna buat sahabat-sahabat yang berjaya memperoleh tawaran untuk sambung belajar di IPTA . Sekalung tahniah buat kalian . Barangkali rezeki saya belum ada untuk ke menara gading . Semoga dengan berkat Ramadhan ini, permohonan rayuan saya diterima , Aminnnn . Hati saya masih ingin menuntut ilmu , tapi Allah mencuba saya dengan rezeki . Apa yang penting, saya percaya Dia adalah sebaik-baik penentu takdir hidup manusia . Dia lebih tahu apa yang terbaik bagi masa depan, keluarga, agama dan diri kita kelak . Untuk kali kedua, saya terima kehendakNya dengan lapang dada dan redha . Sahabat , mempelajari redha untuk memang sukar . Malah untuk belajar meredhai ketentuan Dia berganda sukarnya . Jujur . Hati siapa yang tidak cemburu bila mendapat khabar dari teman-teman yang mereka dapat meneruskan perjuangan menuntut ilmu di menara gading . Luluh jua hati ini Allah saja yang tahu . Tapi, apabila teringat satu hadis yang menyatakan bahawa  

kekecewaan, kesedihan, kesakitan, kelemahan itu datang
untuk menghapuskan dosa-dosa lepas . 

Terasa tenang jua hati ni bila terbisik di hati kecil 'aku masih punya kekuatan dari Dia ' . 
Tambahan pula Ramadhan , hati ni semakin tabah dan kuat menghadapi cubaanMu . Kata-kata semangat dari keluarga daripada teman-teman juga banyak membantu saya untuk tidak putus asa . Itulah bukti hubungan kemanusiaan penting untuk menghadapi coretan kehidupan . 
Sekian sahaja coretan saya kali ini . Moga Ramadhan ini kita perolehi Rahmat dari Dia selalu . 

Wassalam w.b.t 

15 February 2013

2013 untuk saya =)

Assalammualaikum w.b.t... 

Apa khabar semua ?... Allahuakbar, lama sungguh tak mencoretkan catatan di blog kesayangan ini... Alhamdulillah, dah pun di 15 februari harini, tahun 2013.. syukur, masih diberi Allah untuk hidup.. STPM pun dah selesai pada disember 2012 yang lalu.. SMKAS ditinggalkan buat kali ke-2, namun.. ini ialah peninggalan yang terakhir.. lepas ini...

TIADA LAGI BAJU SEKOLAH
TIADA LAGI KASUT SEKOLAH
TIADA LAGI BALIK ASRAMA
TIADA LAGI NAIK TREN
TIADA LAGI MAKAN DI DEWAN MAKAN\
TIADA LAGI KELAS HUJUNG MINGGU
TIADA LAGI PREP PTG DAN MALAM
TIADA LAGI BARANG HARAM
TIADA LAGI SPOTCHECK
TIADA LAGI BAJU RASMI 

hohohohoho =P

Mulai sesi persekolahan 2013 Januari lalu, saya dah pun mula bekerja di Batu Pahat. Alhamdulillah, dah sebulan di sana . Belajar mencari rezeki dan berkelana. Siapa tahu rezeki saya sambung belajar berjauhan lagi dengan keluarga tercinta, wallahualam.. =)

okay, sampai sini sahaja catatan saya untuk kali ini.. jumpa lagi nanti teman-teman.. 

wassalam...