06 December 2011

Usrah Wadah Permulaan dlm kehidupan

Assalammualaikum antum/antunna semua. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat hidayahNYA selalu, InsyaAllah. Harini, ana nak berkongsi sedikit maklumat mengenai usrah. Ha, apa dia yang dimaksudkan usrah nih?... mungkin ada shbt-shbt yang tau definisi usrah, dan mungkin juga ada shbt-shbt yang tak tau, takpe2, meh ana share ok... Usrah ini secara umumnya bermaksud keluarga tp yang lebih mendalamnya bila sebut usrah mesti berkait dgn cara hidup Islam dan mcm-mcm lg. 






Kenapa ana katakan usrah sbg wadah permulaan kehidupan?... Cuba kita renung kembali ye shbt-shbt, kita jadi dari rasa mahabbah kedua ibubapa kita, kita membesar dalam alam rahim ibunda kita yang penuh dgn kasih sayang, selepas itu kita lahir dan diazankan serta diiqamatkan oleh ayahanda kita supaya dilindungi dari bisikan iblis dan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak-anak Adam A.S. Selepas itu, kita dibesarkan oleh kedua ayahanda dan ibunda kita dengan cara mereka tersendiri. Tiba masa, kita dihantar untuk menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai persiapan menghadapi kehidupan apabila kita dewasa kelak. Selepas itu kita semakin besar dengan melalui pendidikan di sekolah menengah dengan suasana yang lebih ekstrem. Ekstrem disini ana maksudkan dengan keadaan kwn-kwn yang berasal dari mcm-mcm agama, kaum, latar belakang, dan keluarga . Berlainan pula bagi mereka yang dihantar ke sekolah-sekolah berasrama yang bertaraf elit, sains, atau agama. Masing-masing bermatlamat melahirkan pelajar-pelajar yang memenuhi misi sekolah . Untunglah bagi mereka yang mampu menyeimbangkan akademik dan sahsiah kerana insan-insan sebeginilah yang mampu membentuk masyarakat yang bukan sahaja berjaya dalam pelajaran namun mampu menjadi Imam solat berjemaah di masjid. Namun, golongan ini makin 'sukar' dicari pada hari ini. Bahkan ana sendiri belum mampu sampai ke tahap sebegitu, MasyaALLAH.  Tetapi, golongan ini sebenarnya boleh dipupuk dan dididik dari kecil, ataupun dikenali sebagai penerapan awal . Inilah yang dikatakan 
'melentur buluh biarlah dari rebungnya' . Untuk melahirkan generasi berkualiti ini, mestilah bermula dari generasi ibu ayahnya dahulu, kerana itu yang utama. Tapi, kadang-kadang Allah itu Maha Kaya, ada juga segelintir ibu bapa yang berperwatakan aama yg bagus namun anaknya tidak sebegitu. Fenomena ini 
kadang-kadang menimbulkan tanda tanya pada diri ana. Namun, hakikatnya siapalah kita untuk menilai seseorang hamba-Nya itu sedangkan kita sendiri pun belum menyelesaikan lagi tanggunggjawab yang sediakala terpikul di bahu sejak azali lagi, ALLAHUAKBAR. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui atas apa yang berlaku itu, kita sebagai hamba-Nya hanya perlu berdoa, berusaha dan bertawakal untuk mencpai redha dan barakah-Nya ats apa yang kita lakukan atas muka bumi-Nya ini. Janganlah berbuat sesuatu ibadat itu kerana mengetahui ganjarannya, tapi lakukanlah ia kerana meraih Redha-Nya selalu. InsyaAllah, ganjaran itu akan membantu kita kelak di Akhirat, Wallahualammissawab....

2 comments:

  1. salam..,ana tertarik dgn penyataan usrah sbg wadah permulaan dlm khidupn...,dan ana bersetuju dgn knyataan ini...kita lihat kebanyakkan org2@ pemimpin Islam yg hebat lahir dpd acuan usrah..Peranan usrah sgt2 besar dan luas,so jgn kita sempitkannya...lastly.,usrah ibarat (1+1= bukan 2)...sekdar pndgn~

    ReplyDelete
  2. wslm~ syukran atas komen enta ye TI, :)
    usrah nih mampu mengembalikan fitrah kita sebagai manusia yg diciptakanNya untuk mengabdikan dir untukNya

    ReplyDelete