25 December 2011

Hatiku milik-MU Ya Rabbi

Assalammualaikum semua .
Terpaksa jugak ana bukak lappy untuk menaip entry nih sambil melayan cik FB ana.. haha
Kenapa? ? ? 
Kenapa apa ? ? ? Ouhh, kenapa ajuk camtu eak ? ? ?
Sebabnye ana tengah, dalam, masih, sedang dalam kekecewaan yang maksimum. . .
Kenapa kecewa? ? ?
Biasalah, remaja sgt-sgt peka dengan hal-hal HATI dan PERASAAN
Ana rasa ana mmg tak boleh cari psgn skrg. . .
Sebab ana sgt cepat hilang fokus pada komitmen utama. . . .
Ishh... ble ana ingt ugutan ibu ana, seramm... ahah..
mana tak ana kata seram, dah dia kata kalau tak nak smbung blaja, tak payah nak habiskan duit, kahwin je lau dah malas sgt nak blaja, calon dia leh carikan... aduss... nih yang ana tak suka bila pasal jodoh..
So, ana kena dan wajib untuk elakkan diri ana dari cinta buat masa dan tempoh yang agak lama. 
Untuk masa depan ana dan agama ana juga. So, tak salah ana kunci dulu hati ini dari sape-sape. Ana tak dpt nak nafikan ana memang ramai kwn lelaki, tapi hanya kwn. Ana tak nak lakukan kesilapan yang sama dalam hidup ana berkali-kali. So, last way, ana dah cube cara yang halal tapi masih belum jodoh ana lagi. So, ana kena terima dan pasrah kenyataan ini. Allah lebih tahu siapa Imam ana. 
Memanglah sukar untuk lepaskan insan yang kita sayang bukan?.. 
Apatah lagi yang kita impikan kebahagiaan bersama si dia.. Tapi siapa tahu kita tidak layak untuk dia kerana kekurangan kita. Ataupun mungkin Allah hanya menguji kita dgn perasaan ini untuk uji Iman kita terhadapNya. Semua itu adalah rahsia Allah yang terbesar.
Ana yakin, Cinta insani yang ana baru lepaskan ini adalah untuk meraih Cinta Ilahi. Samaada ana ataupun si dia. Ana kena selalu belajar terima hakikat bahawa tak semua orang mampu miliki orang yang mereka sayang, cinta dan kasih kerana hanya Allah s.w.t yang berhak menentukan dengan siapa kita layak meneruskan kehidupan keluarga. Semua orang nak kan baitul muslim yang bhgia dgn limpahan rahmatNya serta kasih sygNya. 


Ana punye hati masih belum jd milikNya
So, mmg layak ana belum dimiliki hambaNya
Ana masih perlu berpaut pada rimbunan kasihNya
Untuk mencari selaut rahmahNya yang tak bertepi
Supaya kelak urusan ukhrawi mudah dihadapi
AllahuRabbi. . .
Ikatkan tali keimananku kepadaMu
dgn ikatan yang sekuat-kuatnya
sehinggakan aku dapat merasakan kesakitan yang barakah
sehingga aku sedar akan adanya aku kernaMu
sehingga aku tahu bahwa aku hanya abdiMu
sampai aku bangun untuk menghadirkanMu dlm diriku
jauhkan aku dari hanyutnya duniawiMu ini
Aku abdiMu yang lemah Ya Allah...
Kerana hingga saat ini,
minit ini, jam ini, hari ini, bulan ini, tahun ini,
Aku masih belum bisa perolehi CintaMu yang hakiki...
bantulah AbdiMu ini ya Rabbi.. 
Aminnn~

*entry ana hanyalah sbg meluahkan perasaan... mugkin ada antara shbt-shbt tertanya knp status ana beberapa hari lepas bunyi org kecewa, down, dan mcm2 lg... nih lah jwpnye.. ana pun tak mau ulas pnjg lebar.. kerana kita semua manusia yg punye nafsu, hati serta perasaan :)
 harap perkongsian ana tidak di salah faham kan oleh mana-mana pihak.. wassalamm ... .




No comments:

Post a Comment