04 December 2011

Pembentukan ABID Berkualiti Sebagai Wadah Utama ISLAM part 1

Assalammualaikum buat antum/antunna semua...
Alhamdulillah, ana baru pulang dari satu program iaitu Kem Ibad 2011 di Pusat Rekreasi UTM Skudai,
dan ana bersama sahabat-sahabat ana berperanan sebagai barisan fasilitator. Program ini adalah hasil kelolaan Alumni SMKA Segamat, sekolah ana bertujuan membentuk jiwa-jiwa pelajar yang mempunyai fikrah islam menjadi pemimpin yang mampu meningkatkan semula sistem penTARBIYAHan di SMKAS. Ana bertolak dari Kluang pada 1 Disember 2011 dgn shbt ana, Izzati dan tiba di SMKAS dlm pukul 8 lebih. Sememangnya shbt ana yang seorang ini amat merindukan Bumi Smkas ini, dan ana maklum kerana dia sudah berhijrah ke UIA dlm jurusan bahasa arab. Kami pun sama-sama menuju ke dorm Umi Kalthum sbg tempat untuk kami menginap bersama adik-adik kami yang tiba pada waktu siang. Selepas membersihkan diri, kami bersama adik-adik pun duduk dalam halaqah untk menjamu selera masing-masing dgn makanan yang kami bawa. Sesungguhnya apabila ukhuwah sudah terjalin, pastinya rasa sayang sesama insan semakin bercambah dan pastinya ana sndiri tidak kisah untk mkn bersama. Selepas itu kami pun merehatkan diri sambil bercerita situasi masing-masing di tempat yang berbeza. Dalam masa yang sama, asrama kami turut dihuni oleh oleh pelajar-pelajar SPM  dan STPM. Dalam pukul 11 lebih kurang, kami semua sudah pun merebahkan diri, hehe. Almaklum, letih dgn perjalanan yang sarat dengan hikmahNYA. Perancangan asalnya ana ingin jaulah ke Segamat dgn train bersama seorang junior ana yang turut serta dlm kem ini, malangnya abah ana tk dpt nak hantar ana dgn waktu yang awal. Kadang-kadang kita perlu juga mengambil kira keadaan orang lain bila nak melibatkan dia dalam aktiviti kita lagi-lagi bila dia adalah ahli keluarga kita. Kebetulan ibuabah ana dan adik perempuan ana akan ke Klang utk bertolak ke Kelantan bersama ibu dan bapa saudara ana untuk hantar sepupu ana nikah di sana. Jadi maknanya, adk ana yang lelaki akn tinggal di kg ana. Sebelum ana ditinggalkan di masjid bandar Kluang, ana menghabiskan masa dengan keluarga ana. Abah ana pergi beli ABC kegemaran dan adik ana beli Nasi Ayam, Ibu ana pula sibuk baca majalah Fardu Ain yang ana beli. Allah je tahu perasaan ana waktu itu, huhu. ALLAHUAKBAR..
 Esok harinya, 2/12/2011
Ana dan shbt-shbt bangkit awl, dalam pukul 5.30 pgah tersedar tp sebab penat sgt ++malas, akhirnya bangaun pukul 6 jgk. Ana pun siap-siap untuk solat subuh dan bersihkan diri, lepas itu kemaskan baju-baju ktor dan siapkan kemas beg ana. Sememangnya ana memang orang yang suka bwk bnyak barang, adeh, tabiat ini ana memang tak leh elak. Lau ada pembaca yang nak tolong ajar ana menghadkan brg ana untuk p mana-mana, leh lah share ngan ana yea.. hihiii :). ok, setakat ini dulu, nty ana smbg untuk verse ke-2 k.

NAHNU ANSORULLAH!
ANA ANTA,
WA ANTA ANA,
NAHNU RUHANI FILBADAN,
ABADAN ABADA' :D

Download pahala, upload iman, remove dosa, clearkan hasad, sign up taqwa :)
SALAM UKHUWAH, SALAM TARBIYYAH

No comments:

Post a Comment